Standing in the eyes of the world



Monday, September 28

KESIMPULAN





Allahyarham Tun Abdul Razak Dato' Hussein meninggal dunia pada 14 Januari 1976 di London kerana penyakit leukemia dan digantikan oleh Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn. Allahyarham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang berjiwa besar dan seorang negarawan yang ulung dan setia. Rakyat Malaysia haruslah berbangga kerana negara melahirkan seorang pemimpin sepertinya yang berjaya mengisi kemerdekaan dengan pembangunan yang sejati. Allahyarham Tun Abdul Razak telah disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Pemergian Beliau merupakan satu kehilangan yang begitu besar bagi seluruh rakyat Malaysia.